Ratusan kenderaan terkandas di Lebuhraya KL-Karak

oleh SALINA JALIL|
Pengguna jalan raya dan ratusan kenderaan yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terkandas selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan insiden dan berkata, anggotanya sedang digerakkan ke lokasi kejadian.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

"Saya mengesahkan kejadian. Di kilometer yang dikongsikan pengguna di Facebook. Apa-apa perkembangan lanjut kita akan maklumkan nanti," katanya kepada BH Onlilne ketika dihubungi malam tadi.

 

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Fizo Omar yang berada di lokasi kejadian, turut berkongsi video puluhan kenderaan terkandas selepas laluan berkenaan terhalang disebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang.

"Tanah runtuh di lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur. Semua kereta 'stuck' di sini. Mahu patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir, air sudah mula 'cross' jalan dan tak lepas untuk kenderaan.

 

"Sesiapa yang rancang untuk ke Kuala Lumpur melalui lebuh raya Karak ini, sila 'KIV' (tangguhkan) dulu. Memang tidak lepas," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Yang paling penting buat masa ini semua jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan termasuk…
Berita Domestik
"Kerja pembersihan laluan telah dilakukan dan selesai pada 2 petang dan laluan sudah boleh dilalui…
Informasi
"Laluan Persekutuan FT185 (Jalan Simpang Pulai-Blue Valley) dibuka sepenuhnya kepada semua jenis…