Rasuah projek lebuh raya: COO syarikat konsesi direman

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya ditahan reman kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 yang membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 50-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya.

Susulan penahanan tersebut, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pagi tadi dan perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ini telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM menahan reman beberapa individu termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Kesemua mereka telah dibebaskan tahanan reman.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang guru sekolah memandu dan seorang ejen…
Berita Domestik
"Kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki dan perempuan ditahan antara jam 5 petang hingga 7…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…