RASMI: UK larang penjualan kereta petrol, diesel bermula 2030!

oleh Mohamad Hanif|
sumber imej: The Verge
Larangan terhadap penjualan kenderaan baharu berenjin petrol dan diesel, serta kereta hibrid akan bermula pada tahun 2030 di United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada AutoExpress UK, larangan tersebut walaubagaimanapun tidak melibatkan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) yang akan terus dijual sehingga tahun 2035.

Selepas daripada itu, hanya kenderaan elektrik sahaja yang akan dijual, dan alternatifnya adalah kenderaan sel bahan api hidrogen.

Larangan terhadap penjualan kenderaan petrol dan diesel pertama kali diumumkan pada tahun 2017 di mana kerajaan UK menetapkan tahun 2040 sebagai tahun terakhir penjualan kenderaan yang dimaksudkan.

Perubahan polisi menyaksikan sasaran tersebut dianjak ke tahun 2035 sebelum pengumuman terbaharu di mana kenderaan baharu yang masih menggunakan trenkuasa konvensional akan diharamkan penjualannya bermula tahun 2030.

Berdasarkan data pada tahun 2018, sebanyak 31.5 juta kenderaan yang berdaftar di atas jalan raya UK, di mana 18.5 juta daripadanya menggunakan bahan api petrol, 12.4 juta unit adalah kenderaan diesel, dan selebihnya merupakan EV dan hibrid (620,000).


Tahun lalu, sebanyak 2.3 juta kenderaan baharu telah dijual dan 6.3 peratus daripadanya merupakan kenderaan elektrik atau plug-in hybrid.

Melihatkan kepada langkah agresif kerajaan dalam melaksanakan regulasi pelepasan emisi, kebanyakan rakyat mula bertukar kepada pemilikan EV dan PHEV, di mana bulan November 2020 mencatatkan 12.1 peratus pendaftaran baharu bagi segmen tersebut.

Namun, menurut satu lagi laporan daripada Financial Times, langkah mempercepatkan pengharaman kenderaan konvensional dilihat satu tindakan yang kurang bijak.

Honda dalam satu kenyataan menyifatkan langkah tersebut sebagai terlalu sukar, manakala Toyota pula menganggap pengharaman penjualan kereta hibrid akan memberikan kesan kepada pelaburan jangka panjang di UK.

Sumber: AutoExpress UK, Financial Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan satu respon kepada undang-undang yang dilaksanakan di negeri lain bagi menghalang…
Berita Global
Ini bermakna, motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 boleh terus digunakan di jalan raya…