RASMI: SRT dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing

oleh Mohamad Hanif|
Sepang Racing Team telah menandatangani perjanjian dengan RNF Racing dan IRTA menyaksikan penstrukturan semula penyertaan pasukan tersebut sebagai pasukan bebas di dalam kelas MotoGP.

Disebabkan itu juga, Sepang Racing Team akan dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing dengan Razlan Razali kekal sebagai prinsipal pasukan tersebut.

Pasukan tersebut akan bertanding dengan nama baharu RNF Racing bermula dari musim perlumbaan 2022 sehingga 2026.

Menurut Razlan Razali, "ia merupakan satu pengembaran yang mencabar buat kami, di mana dalam masa beberapa bulan ini kami telah meletakkan usaha untuk memulakan kembali perjalanan sebagai pasukan MotoGP yang lebih segar dan lebih kuat.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Carmelo Ezpeleta (CEO Dorna Sports) atas kepercayaan dan keyakinan yang berterusan kepada kami untuk memulakan fasa baharu di dalam kelas MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.

Terdahulu, penaja utama pasukan Sepang Racing Team, PETRONAS membuat kejutan untuk tidak meneruskan penajaan sebaik tamat musim perlumbaan 2021, diikuti dengan Sepang International Circuit (SIC) yang turut membuat langkah serupa.

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

MotorGP
Menurut laporan daripada rakan media MotoMalaya, pelumba tersebut berkongsi bayangan penghujung…
MotorGP
RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada…
Berita Global
Acara yang berlangsung dalam talian ini dibuka 24 jam setiap hari sehingga akhir tahun 2021.…