Rasmi - Kia Motors Korea masuk bersama Bermaz untuk ganti Naza Kia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia Motors Corporation (Kia) dan Bermaz Auto Berhad (Bermaz) kini secara rasmi bergabung untuk menjadi wakil rasmi bagi kenderaan Kia untuk Malaysia.

Syarikat baharu tersebut, Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) juga akan membuat operasi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran domestik.

Menurut siaran akhbar yang diterima, tiga model bakal dipasang secara CKD di sini, iaitu Kia Seltos, Kia Carnival baharu dan satu lagi model yang akan ditentukan kelak.

KMSB juga melantik anak syarikat Bermaz, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (Dinamikjaya) sebagai pengedar untuk semua kenderaan Kia (CKD dan CBU), semua alatganti Kia dan juga operasi khidmat selepas jualan bagi kenderaan jenama Korea itu.

 

 

Datuk Seri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz berkata penambahan Kia akan menjadikan unit automotif bagi kumpulan itu lebih berdaya saing.

Bermaz juga bertanggungjawab untuk jenama Mazda, Peugeot, Citroen dan DS.

Sumber yang rapat dengan industri memberitahu Careta bahawa orang lama jenama Kia, Datuk Samson Anand George, bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Kumpulan Automotif Naza akan memegang salah satu jawatan tertinggi di dalam gabungan baharu ini.

Berita lanjut berkaitan nasib pemilik Kia yang mengalami masalah dengan pakej servis percuma dan juga pakej Kia Value 5 akan dikongsi oleh Careta dalam masa terdekat nanti.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…
Berita Global
  K8 ini pada dasarnya adalah 'perkahwinan' di antara Kia dan Hyundai Genesis (kini dikenali…