Rasmi: Indonesia terima cadangan pelaburan daripada Tesla!

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Indonesia akhirnya telah menerima secara rasmi cadangan pelaburan daripada syarikat pengeluar kenderaan elektrik Tesla, menurut menteri koordinasi pelaburan dan perlombingan Septian Hario Seto.

Menurut Septian, "saya telah menerima cadangan daripada mereka (Tesla) pagi semalam, dan kami akan berjumpa pada minggu hadapan untuk mendapatkan penerangan secara rasmi.

Indonesia merupakan negara pengeluar bijih nikel terbesar di dunia, dan bahan tersebut merupakan salah satu sumber yang penting dalam penghasilan bateri EV.

Indonesia juga sebelum ini diberitakan berhasrat untuk membangunkan rantaian bekalan penuh bagi bahan tersebut untuk menyokong pelaburan di peringkat domestik, dengan menghentikan eksport bekalan ke luar dan telah meminta Tesla untuk melabur di negara tersebut bagi membantu mencapai misi memperkasakan industri EV.

Setakat ini, butiran berkenaan cadangan tersebut tidak boleh didedahkan atas perjanjian yang tidak mendedahkan (NDA), namun fokus perbincangan akan tertumpu terhadap bateri dan juga solusi storan tenaga.


Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kebanyakan saman trafik yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar,…
Berita Global
Berbanding Yaris Cross yang terjual di beberapa pasaran, Yaris Cross serba baharu untuk pasaran…
Berita Global
Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan…