RASMI: Honda S660 sah tamat produksi tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan Jepun bakal menghentikan penjualan kenderaan bernadikan petrol dan diesel nampaknya disusuli dengan satu lagi berita sedih yang bakal membuatkan para peminat kereta sports murung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana dalam satu kenyataan terbaharu, Honda secara rasmi mengesahkan bahawa produksi kereta sports kei Honda S660 akan ditamatkan pada Mac 2022, kira-kira setahun dari sekarang.

 


Bersempena dengan berita sedih itu, Honda turut melancarkan sebuah model edisi khas S660 Modulo X Version Z yang memberikan penghormatan buat edisi khas Honda Beat, sekaligus merangkap penutup kepada generasi S660.

Dibina menggunakan varian paling premium Modulo X, model Version Z ini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih agresif, logo dan meblem berwarna krom hitam, spoiler aktif berwarna hitam, rim lapan jejari berwarna hitam, serta trim ruang kabin dengan elemen rekaan gentian karbon.

 


Selain daripada itu, Honda juga turut mendatangkan beg khas Modulo X yang boleh digunakan, serta mempunyai tempat sangkut khas di antara tempat duduk.

Menurut laporan daripada laman web Response, produksi S660 terpaksa dihentikan memandangkan regulasi undang-undang yang semakin ketat, seperti keperluan untuk pemasangan brek automatik.

 


Dengan penambahan penderia untuk kelengkapan yang lebih moden, ia sudah pasti akan memberikan kesan kepada penawaran harga jualan, serta identiti S660 itu sendiri.

Harga jualan untuk Honda S660 Modulo X Version Z ini bermula dari ¥3,150,400 (RM119,005).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Set yang dijual lengkap dengan casis, tayar drift dan penghantar (transmitter) dan pemilik…
Berita Global
Honda Neo Classic Racer   Ianya adalah projek pengkomersialan Neo Classic Concept yang…
Berita Domestik
Menurut laporan, Honda diberitakan menambah kira-kira 650 unit lagi pengeluaran model S660 yang…