Rasmi: Honda Civic Type R generasi baru debut Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu hot hatch Honda Civic Type R muncul buat kali pertama di khalayak ramai pada Mei 2020, sebelum Honda membuat keputusan untuk mendedahkan secara rasmi teaser bagi model tersebut pada Oktober 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, bilakah pelancaran sebenar hot hatch terakhir dengan enjin pembakaran dalaman tulen dari Honda itu?

Bercakap kepada Carsales, pengarah Honda Australia Stephen Collins mengesahkan Honda Civic Type R akan membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada bulan depan.

Menariknya, biarpun disifatkan sebagai kemunculan rasmi, Honda membuat keputusan untuk mengekalkan pelekat samaran sama seperti yang wujud pada model-model ujian sebelum ini.
 

Civic Type R


Honda Civic Type R 2023 ini dijangka mengekalkan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo sama macam model FK8, mungkin dengan angka output yang dipertingkatkan.

Malah, ia juga turut disahkan bakal ditawar dalam transmisi manual, walaupun terdapat khabar angin yang mendakwa Honda turut membangunkan kotak gear automatik untuk golongan kaki petrol yang tidak gemar mencederakan kaki kiri.

Berdasarkan gambar intipan yang diperoleh sebelum ini, Honda Civic Type R 2023 dilihat membawakan resepi sebuah hot hatch - sayap belakang yang agresif, sistem ekzos tiga corong, serta rupa paras yang jauh lebih matang.

Di Eropah, Honda Civic Type R bakal menjadi model berenjin tulen yang terakhir bakal dijual secara rasmi, memandangkan undang-undang pelepasan emisi yang semakin ketat dilaksanakan di benua tersebut.

Sumber: Carsales

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…