Rasmi: Holden henti produksi sedan demi kelangsungan SUV, Ute

oleh Mohamad Hanif|
Holden kini secara rasmi menjadi sebuah jenama yang memfokuskan kepada model-model SUV dan Ute setelah mereka mengumumkan penghentian produksi model sedan saiz penuh Commodore dan Astra bermula tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman yang dibuat oleh syarikat yang dimiliki oleh GM itu bertujuan untuk memfokuskan lebih kepada model yang menerima permintaan yang sangat tinggi pada ketika ini, dan lebih dekat dengan jiwa pembeli. 

Ini bermakna, model-model Commodore yang turut dijual sebagai Opel/Vauxhall Insignia (Eropah) dan Buick Regal (Amerika), serta model Astra akan dihentikan. 

Holden dalam masa yang sama akan terus membantu para pelanggan Commodore dan Astra sedia ada, serta menjamin sokongan alat ganti berterusan pada masa akan datang. 

Nama Commodore merupakan satu nama yang sinonim dengan Holden semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1978, dan ia sudah pun memasuki generasi kelima pada tahun lalu. 

Keputusan untuk menghentikan plet nama Commodore bukanlah satu perkara yang mudah, namun Holden terpaksa mengambil langkah tersebut melihatkan kepada peningkatan trend pemilikan SUV dan kenderaan komersil ringan (trak pikap) pada ketika ini.  

"Sedan besar merupakan 'batu asas' kepada aspek pengangkutan di Australia dan New Zealand sejak berdekad lamanya, namun, pelanggan kini lebih gemar kepada kenderaan yang lebih praktikal, dan lebih versatil seperti SUV dan Ute," ujar bos Holden.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang pemasangan kereta Holden di suburban Elizabeth, Adelaide yang telah ditutup sejak tahun 2017…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu dari CarsGuide, ia merupakan susulan daripada penutupan operasi VinFast…
Berita Global
Namun jenama Holden akan terus kekal diingati kerana menghasilkan model ute yang berkuasa, dan…