Setelah berbulan-bulan spesifikasinya dirahsiakan dan akhirnya didedahkan, kini tiba pula masanya untuk para peminat Ford Mustang Shelby GT500 untuk mengira dan menaakul baki wang di dalam akaun simpanan.
Ini kerana Ford secara rasminya telah mendedahkan harga jualan sebenar bagi model berkuasa 760 kuasa kuda dan 847 Nm itu.
Secara asasnya, Ford Mustang Shelby GT500 2020 bermula dari $73,995 (RM306,136) termasuk kos destinasi ($1,095) dan juga cukai 'gas-guzzler' $2,600.
Untuk mereka yang mahukan Ford Mustang Shelby GT500 tampil lebih menawan, Ford menawarkan pakej Carbon Fiber Track bernilai $18,500 (RM76,539) yang merangkumi:
- rim gentian karbon 20 inci
- tayar Michelin Pilot Sport Cup 2
- GT4 track wing dengan ciri dive plane terbina
- splitter hadapan
- tempat duduk belakang ditiadakan
Manakala tempat duduk Recaro pula ditawarkan sebagai opsyen dengan harga $1,595 (RM6,599).
Selain daripada itu, terdapat pakej Handling (tidak dibenarkan pembelian bersama pakej Carbon Fiber Track) yang membenarkan pemasangan flap Gurney pada spoiler belakang standard serta splitter hadapan bernilai $1,500 (RM6,205) sahaja.
Manakala pakej Technology bernilai $3,000 (RM12,412!) pula membawakan anda ciri moden seperti:
- sistem bunyi Bang &Olufsen
- tempat duduk pemandu boleh laras 6 cara
- cermin dengan pemanas terbina dalam
- sistem SYNC 3 lengkap dengan ciri navigasi pemetaan
- sistem informasi titik buta (BLIS)
- amaran lintasan trafik belakang
Ini pula berbandingan harga jualan Ford Mustang daripada pesaing-pesaing rapatnya di Amerika:
- Ford Mustang Shelby GT500 - bermula dari $73,995 (RM306,136) tidak termasuk pakej yang ditawarkan
- Chevrolet Camaro ZL1 - $64,695 (RM267,660)
- Dodge Challenger Hellcat Redeye - $73,440 (RM303,840)
*Harga yang dipaparkan di atas adalah berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa $1 = RM4.13
Sumber: Autoblog