Rasmi: Ducati Panigale 959 gantikan 899

oleh Careta.my|
Modenas
Pembuat motosikal Itali, Ducati telah memperkenalkan Ducati Panigale 959 sebagai salah sebuah model 2016 secara rasmi nya di pameran motosikal EICMA 2015 di Itali. Ahli terbaru siri Panigale ini menggabungkan pelbagai peningkatan berbanding model sebelumnya. Model 959 berada paling bawah dalam barisan Panigale dan memaparkan reka bentuk yang lebih tajam dan lebih menarik dan pelbagai peningkatan teknologi yang memenuhi penarafan Euro 4. Ducati_959_PANIGALE_small3 Ducati 959 Panigale mendapat enjin 955cc V-Twin Superquadro yang baru, yang ditala untuk menghasilkan 157 hp (berbanding 148 hp pada 899) dan 107 Nm tork pada 9000 RPM, dan dipasangkan dengan kotak gear 6-kelajuan. Enjin ini mempunyai lejang atau strok omboh yang lebih panjang serta aci engkol yang direka semula. Pin omboh atau piston nya juga kini dilapisi Diamond Like Carbon (DLC), kepala silinder baru dan penutup kepala selinder dari aluminium. ducati-959-panigale-2016-dr-93641-1-pleinePage Ducati 959 Panigale ini dilengkapi klac baru dengan mekanisme servo kendiri' (self servo) yang mengurangkan daya yang diperlukan untuk mengendalikan klac. Mekanisme yang sama juga berfungsi secara terbalik sebagai klac gelincir (slipper clutch) untuk mengelakkan tork dari mengunci roda belakang. Ekzos baru berkembar telah diseuaikan untuk mematuhi peraturan pelepasan yang ketat. 2016-Ducati-959-Panigale-08 Penaiktarafan lain pada 2016 Ducati Panigale 959 ini termasuk lah fairing pelindung depan yang lebih luas dan lebih tinggi dan lohong kemasukan udara yang lebih besar. Cermin sisi nya juga direka berdasarkan model perdana Panigale 1299. Jentera supersport ini dilengkapi dengan kawalan cengkaman (traction control), pengalih gear pantas (quickshifter), kawalan brek enjin, kawalan-dengan-wayar RBW, mod menunggang bolehlaras dan sistem brek ABS. Anda juga boleh memilih untuk memad=sang peralatan Ducati Data Analyser (DDA) jika diinginkan. Tonton video rasmi di sini 005_ducati_959_panigale_2016 maxresdefault

Add new comment