Rasmi: BMW i8 tamat produksi April ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu siaran media rasmi, BMW bakal menghentikan produksi BMW i8 pada pertengahan bulan April ini bagi memfokuskan kepada model-model elektrik baharu termasuklah SUV iX3, sedan i4 dan SUV mercu iNext.

Model pertama yang menyertai sub-jenama BMW, i ini telah pun meraih jumlah jualan melebihi 20,000 unit diseluruh dunia semenjak ia mula dijual pada tahun 2014. 

Model kereta sports berenjin tengah ini tidak didatangkan dengan nadi yang gah, melainkan enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris yang digandingkan dengan motor elektrik menghasilkan 369 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas.  
 


Bagi 'meraikan' unit-unit terakhir BMW i8 yang bakal keluar daripada barisan produksi, BMW bakal memperkenalkan model edisi terhad Ultimate Sophisto Edition. 

Difahamkan, hanya sebanyak 200 unit sahaja yang akan ditawarkan untuk model edisi terhad ini. 

Diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, BMW i8 Ultimate Sophisto didatangkan dalam warna Sophisto Grey metallic yang diselangi dengan elemen E-Copper, sebelum dilengkapkan dengan rim bersaiz 20 inci dengan kemasan yang serupa. 
 


Di bahagian ambang pintu, terdapat kemasan berupa perkataan "Ultimate Sophisto Edition" serta lencana yang melambangkan angka siri model tersebut di dalam kabin. 

Menurut laporan daripada Autocar, beberapa pengedar BMW sudah pun mula menawarkan harga istimewa terhadap BMW i8 dengan potongan diskaun menghampiri £20,000 (RM110 ribu) daripada harga asal iaitu £115,105 (RM635,755).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, BMW telah memperkenalkan sebuah model konsep yang digelar sebagai BMW Vision M Next…
Berita Global
BMW i8 merupakan salah satu kereta futuristik yang sudah pun wujud di Malaysia dengan harga…
Berita Domestik
Sebagai salah sebuah pengeluar yang menawarkan kenderaan jenama premium di Malaysia, BMW Malaysia…