RASMI: 11 lebuh raya laksana sistem pembayaran tol terbuka bermula hari ini

oleh Mohamad Hanif|
Sebelas lebuh raya utama kini melaksanakan sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT), di mana para pengguna kenderaan kelas 1 (Kenderaan Persendirian) boleh membayar tol menggunakan kad debit, kad kredit, MyDebit, Visa atau Mastercard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara lebuh raya yang sudah menyediakan perkhidmatan tersebut:
• Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
• Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
• Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH)
• Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
• Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
• Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
• Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
• Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
• Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
• Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
• Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE)

SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai alternatif kepada kaedah pembayaran tol sedia ada (kad Touch 'n Go, SmartTAG, RFID).
 

SPT


Ujian rintis Awam telah dilaksanakan secara berperingkat di lebuh raya terpilih bermula 3 Ogos yang lalu.

Sementara pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2023.

Berikut merupakan saranan daripada pihak KKR/LLM kepada pengguna yang ingin membayar menggunakan SPT:
Pengguna dikehendaki mengaktifkan ‘contactless payment’ bagi kad debit/kad
kredit/kad prabayar yang akan digunakan
• Pengguna perlulah memilih lorong yang betul, yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard pada papan tanda lorong;
• Pengguna dikehendaki memastikan kad yang digunakan adalah sah dan baki kad debit/kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol
• Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna hendaklah menggunakan kad bank lain ataupun kad Touch ‘n Go yang mempunyai baki mencukupi
• Menyentuh kad pada bahagian yang ditetapkan di terminal SPT yang diletakkan bersebelahan terminal Touch ‘n Go bagi memastikan kelancaran pembayaran tol secara SPT.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kemudahan pembayaran baharu itu melengkapi perkhidmatan pembayaran sedia ada termasuk Touch 'n Go (…
Berita Domestik
    Selain itu, ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat…