RapidKL sedia lebih 120 buah bas perantara bantu pengguna LRT Laluan Kelana Jaya

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 10 November, pihak Rapid KL akan menambah 40 buah bas perantara secara percuma untuk penumpang LRT Laluan Kelana Jaya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Rapid Bus telah mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner, di mana masing-masing menyediakan 20 buah bas untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi.

Lebih 120 buah bas itu akan digunakan untuk laluan seperti berikut:

  • LRT 1: Stesen Ara Damansara-Pasar Seni
  • LRT 2: Stesen Ara Damansara-Kelana Jaya
  • LRT 3: Stesen Kelana Jaya-Pasar Seni
  • LRT 4: Stesen Pasar Seni-Masjid Jamek
  • LRT 5: Stesen Masjid Jamek-Dato' Keramat

Seramai 80 orang kakitangan Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen bagi membantu penumpang laluan tersebut.

Pihak Rapid Rail juga memberikan tambang percuma kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan tersebut, dan ia akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, hanya 55 peratus bas Rapid yang masih lagi aktif manakala selebihnya terdiri daripada…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…
Informasi
  "Anda disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan ketika menggunakan pengangkutan awam demi…