Inisiatif terbaharu itu merupakan hasil usahasama Rapid Rail dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan pengangkutan awam yang betul dan selamat khususnya kepada pelancong dan pengguna baru.
Dihasilkan sebagai sumber rujukan untuk para pengguna, buku panduan itu menyediakan semua garis panduan yang diperlukan.
Antaranya langkah keselamatan berkenaan pengenalan mengenai jajaran rel Rapid KL, tatacara penggunaan perkhidmatan rel, kemudahan yang disediakan di stesen, serta maklumat berkenaan operasi rel Rapid KL.
Isi kandungan buku itu menggunakan infografik bagi memudahkan pemahaman konsep keselamatan dan prosedur tatacara penggunaan pengangkutan awam.
Buku panduan itu kini boleh didapati melalui laman web Rapid KL.