Rapid KL terpaksa henti sementara operasi LRT Masjid Jamek dan Bandaraya akibat sesak

oleh SALINA JALIL|
keadaan stesen Bandaraya pagi tadi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Bandaraya terpaksa dihentikan sementara pagi tadi daripada mengambil penumpang atas faktor keselamatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu terpaksa dibuat ekoran keadaan dua stesen tersebut terlalu sesak dengan pengunjung sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini.

 

Bagaimanapun, kedua-dua stesen terbabit sudah kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 10 pagi tadi.

 

Terdahulu, operasi dua stesen berkenaan terpaksa dihentikan sementara atas faktor keselamatan selepas dipenuhi orang ramai seawal pukul 4 pagi.

 

“Penumpang bagi Laluan Ampang/Sri Petaling/Kajang dinasihatkan untuk menggunakan stesen altenatif seperti Stesen Plaza Rakyat, Merdeka dan Sultan Ismail.

 

“Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan petugas stesen untuk perjalanan lebih lancar,” katanya hari ini.

 

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Stesen Salak Selatan dan Cheras pagi tadi turut mendapati keadaan sesak selain penumpang perlu menunggu lebih lama.

 

 

– KOSMO!

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…