Rapid KL mohon maaf kelewatan LRT

oleh HEZERI SAMSURI|
Prasarana Malaysia Berhad, operator untuk perkhidmatan LRT Rapid KL memohon maaf di atas kelewatan jadual perjalanan yang berlaku di laluan LRT Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

Ia adalah disebabkan masalah salah satu komponen sistem semboyan yang mengawal isyarat pergerakan tren automatik di stesen LRT Damai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak pusat kawalan operasi tren telah emngaktifkan pelan pergerakan tren secara manual bagi membolehkan perkhidmatan beroperasi.

Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, tren akan bergerak dalam kadar kelajuan yang lebih perlahan dan berhenti dengan lebih lama di semua stesen.

Prasarana berkata sistem pulih sepenuhnya jam 10.19 pagi tadi tetapi masih ada yang mengatakan tren masih bergerak dengan perlahan.

Pengguna telah ditawarkan kupon perjalanan percuma yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Kelana Jaya. Kupon ini harus digunakan dalam tempoh lima hari dari hari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami juga buat program untuk membaik pulih sebahagian set yang sudah lama jadi ia boleh digunakan…
Informasi
Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di…
Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…