Rapid Bus uji penggunaan bas elektrik di Laluan 400 & Laluan 650

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL sedang menguji penggunaan bas elektrik di beberapa laluan terpilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak empat buah bas elektrik terlibat dalam ujian yang akan berlangsung selama tiga bulan sehingga 13 Jun 2022, melibatkan laluan seperti berikut:

  • Laluan 400 -  Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu (melalui Bukit Bintang)
  • Laluan 650 - Taman Desa ke Hab Pasar Seni

Percubaan penggunaan bas elektrik ini adalah selari dengan pelan transformasi Rapid Bus melalui Program Elektrifikasi Bas yang akan menggantikan peranan bas diesel sedia ada dengan bas elektrik secara berperingkat menjelang tahun 2030.

Sebelum ini, Rapid Bus sudah pun menggunakan khidmat bas elektrik bagi laluan BRT Sunway, dengan kekuatan sebanyak 15 buah bas dan berjaya mencapai jumlah perjalanan lebih 659,000 km dengan menggunakan kaedah pengecasan semalaman.

Pengguna juga boleh mencuba sendiri perkhidmatan bas elektrik, serta memberikan maklum balas untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan bas terbaharu ini.

Segala maklumat terkini boleh didapati menerusi laman media sosial Rapid KL atau menerusi aplikasi PULSE.

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen. "…
Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…