Rapid Bus tawarkan perkhidmatan bas perantara percuma dari KL Sentral ke Bangunan Parlimen

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermula hari ini sehingga 6 April 2023, Rapis Bus akan menawarkan perkhidmatan bas perantara percuma di antara KL Sentral dan Bangunan Parlimen.

Inisiatif perkhidmatan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, yang akan memudahkan pengguna bergerak ke Bangunan Parlimen atas urusan rasmi ataupun tugas sepanjang persidangan Parlimen.

Inisiatif tersebut juga selaras dengan Ikrar Kenyataan Polisi Alam Sekitar Prasarana dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu sasaran neutral karbon melalui pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2050 ke arah kelestarian alam sekitar.

Perkhidmatan bas perantara percuma itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 8.00 malam.

Manakala kekerapan bas adalah setiap 30 minit pada waktu puncak (7.00 pagi hingga 10.30 pagi, 4.30 petang hingga 8.00 malam) dan setiap 60 minit diluar waktu puncak.

Penumpang boleh menggunakan bas perantara percuma itu dari Balai Pelepasan ERL, KL Sentral dan juga dari Taman Botani Perdana (berhampiran tempat letak kereta bertingkat) untuk ke Bangunan Parlimen.

Pihak Prasarana turut menyeru semua pihak yang mempunyai urusan di Bangunan Parlimen untuk memanfaatkan perkhidmatan bas percuma tersebut.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata laluan kontra itu akan mengelakkan bas-bas daripada tersekat di dalam kesesakan…
Berita Domestik
Rapid Bus Sdn Berhad selaku operator perkhidmatan bas awam Rapid KL telah melanjutkan tempoh POC…
Informasi
  Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL,…