Rapid Bus lancar slogan baharu 'Destinasi Anda Inspirasi Kami'

oleh Mohamad Hanif|
Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd telah melancarkan slogan baharu 'Destinasi Anda Inspirasi Kami' sebagai satu falsafah kerja di kalangan kakitangannya ketika berinteraksi dengan pelanggan, rakan sekerja serta orang awam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis pelancaran dalam talian tersebut menyaksikan Kapten Bas Mohd Rahmat Abd Hamid dari Rapid Kuantan berjaya hadir dengan satu slogan yang menarik untuk diperkenalkan kepada semua kakitangan Rapid Bus.

Menurut beliau, slogan tersebut diinspirasikan daripada seorang penumpang yang agak berusia untuk ke hospital bagi menjenguk anaknya.

"Senyuman yang terlakar di bibirnya setelah berjumpa anaknya yang sembuh membuatkan saya sedar tentang peranan penting kakitangan dan khidmat Rapid Bus yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan awam dan membawa penumpang menuju ke destinasi.

"Kami juga menghubungkan mereka dengan orang yang tersayang, ke tempat kerja atau sekolah, mendapatkan perkhidmatan penting seperti bantuan perubatan, makanan, serta pelbagai lagi.

"Melihat para penumpang tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat memberikan saya inspirasi untuk menjadi lebih baik dalam pekerjaan saya," tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran slogan baru berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Rapid Bus, Dato’ Seri Haji Mustafar Ali; dan turut disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Datin Hjh. Norlia Noah dan Encik Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus.
 

Rapid


“Tanggungjawab kita bukan sahaja untuk memastikan pelanggan tiba ke destinasi yang ingin ditujui dengan selamat, tetapi kita juga perlu menyediakan suasana yang selesa dan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan,” kata Dato’ Seri Mustafar ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan.

Dalam ucapannya, Muhammad Yazurin berharap slogan terbaru ini mampu menyuntik lebih banyak nilai murni dan komitmen di kalangan staf bagi menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan.

Katanya lagi, kakitangan Rapid Bus harus mempunyai keinginan untuk melakukan lebih banyak dari apa yang mereka patut lakukan.

Beliau gembira untuk melihat inisiatif-inisiatif baik telah diketengahkan secara meluas khususnya di media sosial dan mendapat maklum balas yang positif dari orang awam.

Katanya, antara tindakan-tindakan bakti oleh Kapten-kapten Bas adalah membantu penunggang motosikal ketika banjir, membantu warga emas kurang upaya penglihatan untuk melintas jalan dan memulangkan barang kepunyaan penumpang yang tertinggal dalam bas.

“Dengan sokongan daripada Divisyen Modal Insan di peringkat Kumpulan Prasarana, program untuk meningkatkan lagi pengalaman kakitangan dengan pelanggan secara bersepadusedang dilaksanakan. Ia merangkumi latihan secara menyeluruh dari segi etika, pengurusan tekanan dan perkhidmatan pelanggan yang baik, program pertukaran kerja ‘Sehari Dalam Kehidupan’ bagi membolehkan kakitangan dari pelbagai peringkat untuk merasai pengalaman berbeza, meningkatkan sikap empati dan saling mempelajari antara satu sama lain; serta program pelanggan misteri atau ‘mystery shopper’untuk memastikan staf Rapid Bus secara konsisten memberikan apa yang telah dijanjikan oleh perkhidmatan kami,” tambah Yazurin lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…