Rapid Bus, DBKL laksana projek percubaan lorong bas

oleh SALINA JALIL|
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan projek perintis percubaan (pilot project) penguatkuasaan lorong bas di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang telah bermula pada 1 Mac di koridor Jalan Ipoh.


Ia akan berlangsung selama dua bulan, dan akan berakhir pada 30 April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Inisiatif berkenaan adalah untuk mengurangkan masa perjalanan dan menilai tahap pengalaman perjalanan di samping keselamatan penumpang perkhidmatan bas Rapid KL melalui kebolehlaksanaan penggunaan laluan bas berkenaan. 


Lorong bas ini beroperasi setiap hari bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam (kecuali hari minggu dan cuti umum)

 

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, antara jalan-jalan yang terlibat:-

 1. Jalan Raja Laut 
 2. Jalan Tunku Abdul Rahman 
 3. Jalan Sultan Azlan Shah 
 4. Jalan Dang Wangi


Bagi projek perintis percubaan ini, laluan bas Rapid KL yang beroperasi dan terlibat adalah seperti berikut:

1. Laluan 171: Hab Wira Damai – Lebuh Ampang via Sentul.
2. Laluan 173: Taman Jasa Utama – Lebuh Ampang.
3. Laluan 180: Taman Dato’ Senu – Hab Pasar Seni.
4. Laluan 190: Hab Desa Sri Hartamas – Lin Jo Jalan Lekiu.
5. Laluan 191: Terminal Sri Segambut – Monorel Chow Kit.

 

“Projek perintis percubaan ini adalah usahasama bagi memudahkan pergerakan bas Rapid KL untuk tiba ke destinasi dengan lebih cepat tanpa perlu bersesak dengan kenderaan lain.


Ia juga dapat menjamin keselamatan pengguna ketika menaiki atau turun dari bas kerana dapat berhenti di perhentian bas yang dikhaskan",kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Mohammad Yazurin Sallij.


Beliau berharap sepanjang tempoh projek printis percubaan ini dilaksanakan, para pengguna jalan raya lain akan mematuhi peraturan dan tidak menggunakan lorong berkenaan.


Para penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE di telefon pintar anda. Sebarang maklumat terbaharu akan dikemas kini bagi memudahkan para penumpang merancang perjalanan.