Ranger Wildtrak terlalu mahal? Jangan risau, ada Ranger FX4

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Malaysia bakal melancarkan trak pikap Ranger dengan varian baharu, FX4. Ranger 2.2L FX4 AT ini sebenarnya ialah sebuah Ranger 2.2L dengan transmisi automatik dan komponen luaran dan dalaman yang lebih menarik dan mewah. Ford-Ranger-FX4-1 Ini ialah kerana model Ranger Wildtrak mempunyai harga yang lebih tinggi dan paling mengecewakan, cukai jalan untuk enjin 3.2L itu tidak munasabah kerana enjin 2.2L sudah cukup kuat untuk pelbagai kegunaan. Ford-Ranger-FX4-2 Oleh itu, model FX4 diletakkan di atas varian Ranger 2.2L XLT AT tetapi lebih mampu milik dari Ranger Wildtrak. Antara ciri-ciri Ranger FX4 ialah:
  • Roda aloi 18-inci
  • Tempat duduk balutan kulit dengan logo
  • Kemasan kabin dalam dengan balutan kulit
  • Railing bumbung
  • Skima warna FX4 untuk kemasan luar (gril depan, bamper belakang, cermin sisi, penghias lampu kabus dan pembuka pintu yang dicat dengan warna badan)
  • Skima warna FX4 untuk kabin (papan pemuka, stereng dan panel pintu berwarna gelap)
  • Pelekat (sticker/decal) FX4
  • Pemijak sisi dan sports bar unik untuk FX4.
post9540 Ada dua warna pilihan untuk Ranger 2.2L AT FX4, iaitu warna kelabu Meteor Gray dan Aluminium Metallic. Harganya pula ialah RM121,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM127,688 untuk Sabah dan Sarawak. Gambar yang dipaparkan ialah dari laman web Filipina dan Australia kerana Ford Malaysia terlupa untuk memberikan gambar kepada kami dan cuma kepada laman web lain sahaja. Malaysians memang mudah lupa. Tapi jangan lupa jaga waranti anda jika anda membeli Ford ya!