Ranger bakal jadi trak pikap termoden negara

oleh HEZERI SAMSURI|
Sime Darby Auto Connexxion bakal melancarkan trak pikap Ford Ranger yang diperbaharui secara teknikal.

Dari apa yang Careta pelajari, Ranger kali ini bukan sahaja didatangkan dengan enjin dan transmisi terbaharu, tetapi sarat dengan alatan keselamatan yang menjadikan ia trak pikap tercanggih di dalam pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah senarai pembaikan yang kami ketahui.

  • Kesemua varian Ranger akan diperbaharui - dari Wildtrak, XLT dan XL.
  • Model Raptor juga akan dilancarkan pada Pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2018 bulan hadapan.
  • Enjin 2.2L dan 3.2L Wildtrak akan digantikan dengan enjin 2.0L Bi Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Varian baharu, Ranger XLT + akan diperkenalkan dengan enjin 2.0L Single Turbo dan transmisi automatik 10-kelajuan.
  • Sistem parkir selari separa automatik (Semi-Automatic Parallel Parking) atau SAPP akan diperkenalkan, menjadikan Ranger sebagai trak pikap pertama di Malaysia dengan kebolehan parkir sendiri.

 

 

  • Ranger juga akan datang dengan sistem Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking) yang membolehkan pikap ini berhenti sendiri bila radar mengesan kenderaan di hadapan brek mengejut (seperti sistem di dalam Perodua Myvi terbaharu).
  • Satu lagi ciri Raptor yang diturunkan kepada varian lain ialah Easy Lift Tailgate, di mana sebatang torsion bar disorok di dalam pintu tempat letak barang untuk membolehkan pergerakan menurunkan atau menaikan pintu itu lebih mudah (sekarang ini ramai pemilik yang memasang peredam hidraulik untuk fungsi ini).
  • Ranger baharu juga akan hadir dengan Forward Collision Warning (lampu amaran bila sistem mengesan perlanggaran mungkin akan berlaku), Lane Departure Warning (stereng bergegar bila trak dirasakan seperti sedang mahu ke luar dari laluan) dan Adaptive Cruise Control (cruise control yang boleh memperlahankan Ranger ini secara automatik mengikut kelajuan kenderaan di hadapan).

Sebenarnya, pikap-pikap jenama lain cuma menambahkan aksesori-aksesori yang boleh dicari di kedai untuk membezakan antara varian mereka.

Bagi Ford, pembaharuan yang dilakukan berlaku dari tahap R&D lagi dan ia adalah alatan-alatan yang anda tidak boleh cari di kedai-kedai aksesori.

Itulah bezanya Ford Ranger, trak bijak untuk pengguna yang mahukan keselesaan, keselamatan dalam pikap mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…