Ranger 2022 guna brek disk untuk roda belakang?

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya trak pikap moden Ford Ranger yang baharu bakal muncul pada penghujung atau awal tahun hadapan.

Seperti gambar-gambar yang pernah dipamerkan tempoh hari, kajian terperinci menunjukan bahawa roda belakang Ranger yang diuji itu menggunakan brek cakera menggantikan brek dram sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini selari dengan trak-trak untuk pasaran Eropah seperti Volkswagen Amarok, GWM Ute, LDV T60 dan SsangYong Musso.

Penggunaan brek cakera untuk kesemua roda memang tidak mustahil kerana Ford Ranger baharu juga akan digunakan oleh Volkswagen bagi menggantikan model Amarok yang sudah terlalu berusia itu.

Walaupun trak-trak pikap lain seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Nissan Navara dan Mitsubishi Triton masih mengekalkan brek dram untuk roda belakang, menjadi pelopor pasaran bukan sesuatu yang baharu untuk Ford.

Semasa Ford Ranger T6 sekarang dilancarkan, ia mempunyai beberapa kelengkapan yang tidak pernah didengari di dalam trak pikap.

 

 

 

Antaranya ialah:

- Sistem gantungan dengan talaan seperti kereta
- Kabin yang paling senyap
- Varian premium (Wildtrak) yang dibuat khusus dan bukannya hanya penambahan aksesori
- Lampu kabin LED berwarna-warni
- Sistem audio dengan kualiti bunyi yang baik
- Sistem handsfree Bluetooth yang terbina terus di dalam sistem elektronik Ranger
- Skrin sesentuh dengan sistem kawalan ECU tersendiri
- Penggunaan teknologi Noise Cancellation untuk kabin

Penggunaan brek cakera untuk roda belakang adalah satu perubahan yang positif dan jika benar ia berlaku, pastinya pengeluar lain akan turut terpaksa menurut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…