"SUV terbabit hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di bahu kiri jalan.
"Pemandu SUV tidak mengalami kecederaan, namun pemandu MPV serta lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemandu SUV berusia 51 tahun itu positif alkohol dan ditahan, sebelum direman dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
"Individu disabit kesalahan ini boleh dipenjara tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun serta didenda antara RM30,000 hingga RM50,000," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.