Range Rover Velar 2021 dikemaskini - bermula dari RM612,208

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia mengumumkan kemaskini serta penambahbaikan ciri terhadap penawaran SUV mewah Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Antara perubahan yang dibawakan terhadap ruang kabin adalah rekaan roda stereng serba baharu yang mengintegrasikan butang fungsi pintar dan ciri pengesan kehadiran tangan, tuil penukaran gear baharu, ciri pencahayaan kabin premium, skrin berkembar 10 inci, skrin Interactive Driver Display 12.3 inci, serta paparan head-up berwarna.

Sistem infotainmen Pivi Pro boleh disesuaikan untuk paparan informasi yang lebih relevan kepada pemandu, serta menyokong sambungan kepada peranti pintar.
 

shifter


Selain daripada itu, Velar juga hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (Active Road Noise Cancellation (ARNC) standard dengan sistem bunyi Meridian untuk suasana kabin yang lebih senyap.

Untuk kemudahan pemanduan, sistem Driver Assitance juga turut dinaiktaraf dengan ciri kamera keliling 3D yang akan memaparkan visual sekeliling (termasuk perspektif tiga dimensi dari atas) serta ClearSight Ground View.
 

infotainmen


Aspek pengendalian pula didatangkan dengan Electronic Air Suspension dengan kemaskini ciri pelarasan ketinggian automatik bagi membolehkan ketinggian SUV ini disesuaikan sebanyak +/- 50 mm untuk memuatkan barangan kargo.

SUV ini juga boleh direndahkan 10 mm bagi menambahbaik aspek aerodinamik terutama ketika pemanduan di atas kelajuan 105 km/j, sekaligus meningkatkan kadar keberkesanan penggunaan bahan api.

Sistem Wade Sensing yang unik pada model-model Land Rover turut hadir pada model Range Rover Velar 2021, di mana ia menggunakan penderia ultrabunyi untuk memberikan amaran kepada pemandu sekiranya SUV ini sudah pun mencapai tahap kedalaman air yang telah ditetapkan.
 

stereng


Untuk pasaran Malaysia, Range Rover Velar 2021 didatangkan dengan trenkuasa P250 yang menghasilkan 249 PS dan 365 Nm, dibantu dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan, dan sistem pacuan semua roda dengan fungsi Intelligent Driveline Dynamics.

Harga jualan bermula dari RM612,207.74 (termasuk pengecualian SST) tidak termasuk cukai, pendaftaran dan insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Domestik
  "Akibat kemalangan berkenaan kenderaan berkenaan terbakar menyebabkan pemandu berusia 43 tahun…
Berita Global
Platform yang dimaksudkan itu merupakan pelantar MLA yang digunakan pada model generasi baharu…