Range Rover Sport SVR Ultimate - enjin 5.0 liter V8 dengan 542 hp/700 Nm, 0-100 kmsj 4.5 saat

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi divisyen Special Vehicle Operation (SVO), Land Rover membawakan penawaran terbaharu model Range Rover Sport SVR Ultimate dengan pelbagai pilihan penyesuaian yang boleh dipilih oleh para pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah pemasangan perkataan baharu pada bonet dan but, liang bonet gentian karbon serba baharu, pemasangan rim aloi bersaiz 22 inci serta angkup brek baharu.
 

Range Rover SVR


Penyesuaian yang ditawarkan oleh pihak SVO itu merangkumi warna-warna eksklusif yang dibangunkan sendiri oleh pasukan SV Bespoke, termasuklah tiga warna baharu yang menampilkan campuran serpihan kaca pepejal.

Namun, tanpa mengira apa jua warna yang dipilih, setiap Range Rover Sport SVR didatangkan dengan layangan warna hitam pada bumbung, pelindung cermin sisi, gril hadapan serta beberapa bahagian lain.

SUV terpantas yang ditawarkan oleh Range Rover ini mengekalkan enjin 5.0 liter V8 dengan pengecas lampau yang berupaya menghasilkan 542 kuasa kuda dan 700 Nm, membolehkannya memecut sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 283 km/j.
 

Range Rover SVR


Dengan pengenalan Range Rover Sport SVR ini, ia dijangka merupakan antara penawaran terakhir terhadap barisan Range Rover sebelum generasi baharu dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Harga jualan bermula dari £123,900 (RM718,225), jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan model standard SVR (£95,725 atau RM554,900).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
Menurut kajian tersebut, model tersebut mempunyai kadar kesetiaan 41.1 peratus sehingga bulan April…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…