Range Rover Sport HST, SUV dengan supercaj + turbo + hibrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekali lalu di atas jalan raya, SUV Range Rover senang untuk menjadi perhatian ramai. Salah satunya ialah kerana saiz yang besar dan gayaan mewah.

Seperti gayanya, harga Range Rover berada dalam kategori tinggi walaupun dibawa dalam keadaan terpakai oleh pengimport bebas.

Namun itu tidak menjadi halangan buat rakyat tempatan memilikinya kerana Range Rover berada dalam kelas tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Range Rover Sport HST

 

Ini ada satu edisi istimewa yang baru sahaja dilancarkan. Range Rover Sport HST berkuasa 400PS daripada enjin sebaris enam silinder 3.0 petrol.

Enjin Ingenium ini lebih responsif dan seimbang berbanding enjin V6 generasi terdahulu. Daya tujahan enjin ini memang kuat iaitu 550 Nm manakala pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 5.9 saat dengan kelajuan maksimum 225 km/j.

Menjadikan enjin ini bertenaga ialah supercaj elektrik dengan spool penuh dalam masa 0.5 saat sahaja sehingga 120,000 rpm melalui sambungan terus kepada pendikit.

Teknologi baharu ini berjaya menghapuskan lengahan turbo (lag) yang biasa pada enjin pendesak (charged). 

 

Range Rover Sport HST

 

Selain supercaj, enjin ini turut disokong oleh pengecas turbo bilah berkembar (twin scroll) dan angkutan injap boleh ubah berterusan (Continuous Variable Valve Lift). 

Teknologi enjin ini belum tamat. Range Rover menggunakan teknologi hibrid sederhana (Mild Hybrid) supaya ia lebih cekap dan tidak hanya pandai 'menelan' petrol dengan kuat.

Berdasarkan data rasmi, penggunaan minyak SUV mewah ini ialah 9.3 liter petrol untuk perjalanan sejauh 100 km.

Penggunaan petrol yang direndah dicapai melalui sistem Mula/Henti (Start/Stop) dan padanan enjin dengan motor elektrik.

Ini membolehkan sistem menghasilkan kuasa melalui teknologi brek regenaratif yang menyimpan kuasa di dalam bateri 48V. Kuasa tersebut digunakan semula apabila SUV mula bergerak dari kedudukan pegun.

 

Range Rover Sport HST

 

Selain enjin canggih, model istimewa HST dibezakan melalui beberapa perubahan pada bahagian dalaman dan luaran seperti kemasan gentian karbon pada bonet, gril depan, sirip sisi dan pintu but belakang. Pelanggan juga boleh memilih angkup brek berwarna merah atau kelabu yang dianodkan.

Dari segi keselamatan pula, Range Rover Sport HST dilengkapi pilihan Kawalan Jelajah Adaptif dengan Stop & Go dan Bantuan Stereng serta Brek Keselamatan Berkelajuan Tinggi. Juga dilengkapi ialah teknologi Terrain Response 2.

Pelanggan akan ditawarkan dengan dua pilihan reka bentuk rim dan lima warna iaitu Santorini Black, Fuji White, Indus Silver, Firenze Red and Carpathian Grey.

 

Range Rover Sport HST

 

Range Rover Sport HST boleh dipesan pada harga permulaan £81,250 yang bersamaan dengan RM 426,163. 

Berkenan? Tiada masalah, Range Rover Velar yang baru itu pun sudah ada di negara kita. Harga seperti biasa, memang keras.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 GBP = RM 5.24