Range Rover milik David Beckham bakal dilelong penghujung Mac ini

oleh Afandi Che Muhamad|
Kelmarin, David Beckham baru sahaja mengumumkan bakal melelong Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Range Rover miliknya yang dibeli awal tahun 2007 lalu.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut laporan AOL Cars UK, Range Rover yang sudah menjalani penalaan khas bernilai £ 100,000 (RM542,828) daripada Kahn Conversions itu akan dilelong pada acara lelongan Classic Car akhir bulan ini.

Pada acara lelongan itu nanti, harga bidaan yang ditetapkan bermula daripada £ 32,000 (RM173,813) hingga £ 36,000 (RM195,476).

Pun begitu, cakap-cakap kosong mengatakan SUV berkenaan dijangka bakal terjual dalam lingkungan harga £ 70,000 (RM379,992).

Wah! Harga ubah suai sahaja lebih mahal daripada harga lelongan. Merudum betul harga.

Bercerita serba sedikit mengenai kenderaan mewah milik ikon bola sepak dunia itu, ia memiliki kusyen tempat duduk yang dijahit menggunakan tangan selain dipasangkan dengan plak khas tertera perkataan 'Direka untuk David Beckham', sistem audio sepenuhnya lengkap skrin televisyen berkembar.

Dikuasakan nadi enjin V8 berkapasiti 4.3 liter dengan bantuan pengecas turbo, Range Rover tersebut berupaya memecut pada kelajuan dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (kmsj) dalam tempoh tujuh saat sahaja.

Menarik bukan?

Terdahulu, David Beckham turut memiliki beberapa koleksi kereta mewah terdiri daripada pelbagai jenama seperti Porsche dan banyak lagi

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Domestik
  "Akibat kemalangan berkenaan kenderaan berkenaan terbakar menyebabkan pemandu berusia 43 tahun…
Berita Global
Platform yang dimaksudkan itu merupakan pelantar MLA yang digunakan pada model generasi baharu…