Range Rover Fifty - 1970 unit sahaja dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, jenama mewah Range Rover sudah pun berusia lima puluh tahun dan untuk menyambut kejayaan tersebut, Land Rover mengumumkan kehadiran model edisi khas yang digelar sebagai Range Rover Fifty.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihadkan produksinya sebanyak 1,970 unit sebagai tanda penghormatan terhadap tahun kelahiran model pertama Range Rover, dan seperti biasa terdapat beberapa ciri yang membezakan antara model khas ini dengan model-model standard Range Rover.

 


Menggunakan asas daripada Range Rover Autobiography, para pelanggan boleh memilih untuk melayangkan empat warna pilihan iaitu Santorini Black, Aruba Silver, Carpathain Grey dan juga Rosello Red.

Namun, terdapat beberapa unit yang cukup terhad akan dihasilkan di mana unit ini akan ditawarkan dengan warna Bahama Gold, Davos White dan juga Tuscan Blue.

 


Selain daripada penawaran warna tersebut, Range Rover Fifty turut ditawarkan dengan pemasangan rim bersaiz 22 inci dengan dua rekaan yang berbeza, serta motif 'Fifty' yang boleh dilihat menerusi kehadiran lencana kustom di beberapa tempat.

Ruang dalaman juga turut dihiasi dengan motif Fifty seperti yang terdapat pada perehat kepala, ambang pintu dan plak khas yang diletakkan pada papan pemuka.

 


SUV mewah ini boleh didapati dalam dua bentuk iaitu bentuk standard dan versi long-wheelbase.

Ia disusuli dengan penawaran pelbagai opsyen enjin termasuklah enjin petrol, diesel serta versi plug-in hybrid (P400e) berkuasa 398 hp dan 640 Nm yang menggandingkan penggunaan enjin petrol Ingenium 2.0 liter empat silinder sebaris dan motor elektrik 85 kW.