Range Rover Evoque berjaya benam Land Wind X7

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita sudah maklum pergeseran antara Jaguar land Rover dan jenama ciplaknya yang terang-terang menghasilkan klon Range Rover Evoque menggunakan nama Land Wind X7. 

Berdasarkan berita yang baharu diterima, anak syarikat Tata Motors Ltd baharu sahaja memenangi kes terhadap Jiangling Motors - syarikat yang bertanggungjawab mengelirukan pengguna di China dengan produk tiruannya. 

Dengan keputusan mahkamah diumumkan, Jiangling Motors diarahkan supaya menghentikan produksi dan pemasaran Land Wind X7 serta merta dan perlu membayar pampasan kepada Jaguar Land Rover.

Land Wind X7 dilancarkan pada tahun 2015 dan syarikat tersebut tanpa segan silu meniru luaran dan dalaman Range Rover Evoque dengan harga 1/3 lebih murah berbanding model tersebut. 
 


Isu tiru-meniru yang melibatkan syarikat automotif dari China sememangnya tidak dapat dibendung, sehinggakan syarikat automotif global sebelum ini tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar automotif tempatan akibat kemungkinan menang kes terlalu rendah. 

Dengan kemenangan pertama dikecapi, ia bakal memberikan amaran kepada para pengeluar automotif China supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. 

Menurut ketua undang-undang global Jaguar Land Rover, Keith Benjamin berkata, "kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Beijing dalam hal ini, dan ini akan meningkatkan lagi keyakinan kami dalam memperjuangkan hak intelek di sini."

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Pelancaran
SUV Range Rover Evoque generasi kedua itu ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu varian Evoque…
Berita Domestik
Acara pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Land Rover…