Siapa sangka kertas juga mampu dijadikan sebuah jambatan. Inilah telah dibuktikan oleh krew Range Rover dalam video terbaharu mereka yang dibuat khas sempena ulangtahun ke-45 jenama tersebut. Jambatan kertas tersebut mengambil masa tiga hari untuk disiapkan dengan jarak lima meter tanpa menggunakan bolt atau gam dan yang pastinya buatan tangan tanpa bantuan mesin. Aksi lagak ngeri tersebut merupakan acara sampingan sempena Guangzhou Motor Show 2015 yang bakal membuka tirainya mulai hari ini. Jom kita saksikan disebalik tabir pembikinan video tersebut!