Range Rover Autobiography dari Klassen - limo kalis peluru untuk VIP

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Klassen merupakan sebuah syarikat ternama yang menjalankan modifikasi terhadap kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz serta Maybach menjadi sebuah kenderaan kalis peluru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada dua nama tersebut, jenama lain juga tidak terlepas daripada sentuhan Klassen seperti Lexus, Bentley, Rolls-Royce dan tidak ketinggalan, SUV Range Rover yang dipamerkan dalam artikel ini.

 


Bermula dari sebuah Range Rover Autobiography dengan jarak antara roda yang lebih panjang, pihak Klassen telah menambahkan lagi jarak antara roda tersebut kepada 4,136 mm, dengan jarak keseluruhan kini melebihi enam meter!

Terima kasih kepada penambahan dimensi tersebut, anda boleh menempatkan sehingga empat orang pada ruang kabin yang dipanjangkan, atau opsyen dua tempat duduk untuk ruang kaki yang maksimum.

 


Pihak Klassen bukan sahaja mengubah SUV ini menjadi sebuah limo, akan tetapi telah menaiktaraf menjadi sebuah kenderaan kalis peluru dengan perisai bertaraf VR8 yang mampu bertahan dengan serangan peluru berkaliber 7.62mm dari jarak 10 meter.

Spesifikasi tayar juga turut dinaiktaraf dengan tayar kalis peluru yang membenarkan pergerakan sehingga 80 km/j dengan jarak sehingga 80 kilometer.

 


Sudah pasti, dengan spesifikasi kalis peluru yang ditawarkan, ia juga tidak datang dengan harga yang murah.

Mengikut katalog, SUV limo yang dipasang dengan segala opsyen yang ditawarkan dijual pada harga sehingga $811,000 (RM3,819,242 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, syarikat dari Kanada, Inkas Armored telah hadir dengan sebuah kenderaan limosin VIP…