Range Rover 2023 rasmi - varian tunggal P530, nadi V8 530 PS, 750 Nm, harga dari RM2.5 juta

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dilancarkan di peringkat global pada bulan tujuh 2021, generasi kelima SUV mewah Range Rover (generasi L460) akhirnya mendarat secara rasmi di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak Jaguar Land Rover Malaysia membawakan varian tunggal P530 yang dikuasakan oleh enjin V8 4.4 liter turbo berkembar, dengan janaan kuasa 530 PS dan 750 Nm @ 1,800-4,600 rpm, serta padanan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.
 

Range Rover


Range Rover 2023 didatangkan dengan sistem gantungan udara elektronik yang mampu merendahkan ketinggian SUV pada kelajuan atas 105 km/j untuk lebih kestabilan terutama di selekoh atau atas lebuh raya.

Ciri All-Wheel Steering pula merupakan satu bonus yang menawarkan tahap kestabilan pemanduan pada kelajuan tinggi, dan dalam masa yang sama memudahkan pengendalian di dalam bandar, dengan radius putaran kurang dari 11 meter.
 

Range Rover


Menggunakan platform MLA-Flex, Range Rover 2023 membawakan ukuran dimensi 75 mm lebih panjang, garis bumbung 10 mm lebih rendah yang menyumbang kepada aspek aerodinamik yang lebih baik, selain struktur casis 50 peratus lebih tegar.

Rekaan Range Rover generasi terkini ini membawakan pendekatan yang lebih ringkas, namun masih lagi menonjolkan identiti yang dibawakan sejak dari dulu.

Bahagian sisi lebih kemas dengan pemegang pintu yang tertanam kemas, sementara unit lampu belakang yang tersembunyi itu pula hanya akan disedari apabila ia dinyalakan.
 

Ranger


Sebagai sebuah SUV mewah yang serba moden, Range Rover 2023 menampilkan pelbagai ciri yang canggih seperti pengecasan peranti pintar tanpa wayar, skrin infohibur Pivi Pro sebesar 13.1 inci, skrin paparan pemandu interaktif 13.7 inci dengan grafik berdefinisi tinggi dan antaramuka yang boleh diubahsuai.

Aspek pemanduan dibantu dengan ciri ClearSight Ground View termasuk paparan keliling 3D yang menawarkan pemandangan tembus bonet, bertujuan untuk membantu pemandu mengendalikan SUV ini dengan selamat terutama di kawasan sempit.
 

Range Rover


Kabin Range Rover ini turut dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi hingar aktif (ANC) generasi ketiga, menggunakan bantuan accelerometer dan mikrofon yang terpasang pada luar untuk mencipta satu ruang yang senyap dan selesa untuk keselesaan penumpang.

Range Rover 2023 dijual pada harga bermula dari RM2,488,000 atau dari RM1,268,000 untuk harga bebas cukai.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut untuk JLRM. Pengarah Urusan…
Pelancaran
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Range Rover Sport 2023 ini dikuasakan oleh enjin Ingenium enam…