Ramalan trafik sempena cuti sekolah dan Hari Raya Haji dari Waze

oleh SALINA JALIL|
Musim cuti sekolah bagi penggal kedua yang akan menjelang tidak lama lagi (bermula dari 9 Ogos bagi Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan 10 Ogos bagi negeri-negeri lain), diikuti pula dengan sambutan Hari Raya Haji dan cuti umum di seluruh negara pada hari Isnin nanti.


Cuti hujung minggu yang panjang ini bermakna ramai yang akan mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan cuti hujung minggu yang panjang ini juga bermakna kita perlu membuat persediaan untuk mengharungi kesesakan trafik di dalam mahupun di luar kota.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

 

Untuk membantu anda memandu secara cermat dan berhemah serta sampai ke destinasi dengan pantas, berikut adalah beberapa ramalan trafik Waze bagi aliran masuk dan keluar dari bandar semasa Cuti Persekolahan dan Hari Raya Haji:

 

 

Ramalan 1: Akan terdapat lebih ramai rakyat Malaysia di atas jalan raya

 

Berdasarkan data Waze bagi tahun 2018 dan sempena cuti sekolah serta Hari Raya Haji, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 39% dalam pengguna jalan raya berbanding hari-hari biasa. Oleh itu, bersedialah untuk mengharungi trafik yang sesak!

 

waze 1
 

Ramalan 2: Warga Malaysia akan Mengisi Minyak dengan Lebih Kerap

 

Cuti panjang bermakna lebih banyak perjalanan serta lebih banyak perhentian di stesen minyak untuk perjalanan jauh luar dari bandar. Waze meramalkan akan terdapat peningkatan navigasi ke stesen minyak menggunakan Waze dan angka tersebut dijangka akan meningkat sebanyak 38 peratus pada Hari Raya Haji berbanding hari yang sama dalam minggu yang sama dalam bulan Julai.

 

 

Ramalan 3: Minat warga Malaysia terhadap makanan dan membeli-belah

 

Minat warga Malaysia terhadap makanan tidak terbatas. Waze meramalkan akan terdapat peningkatan mendadak sebanyak 95 peratus bagi navigasi berkaitan makanan, kebanyakkannya ke tempat makanan segera berdasarkan cuti sekolah dan Hari Raya Haji yang berlaku pada masa yang sama pada tahun lepas. 

Selain itu, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus untuk navigasi ke pusat membeli-belah dalam tempoh yang sama.


 

 

Berikut adalah tips pemanduan untuk cuti yang panjang: 

 

1. Waze mencadangkan para pengguna membuka aplikasi Waze semasa memandu untuk mendapatkan keadaan semasa aliran trafik bagi membantu menganggar masa pemanduan dengan lebih tepat.

 

2. Memilih laluan yang tepat di mana aplikasi Waze akan memberikan pilihan beberapa laluan beserta anggaran masa ketibaan.

 

3. Sebagai alternatif untuk menghilangkan kebosanan semasa memandu, ceriakan suasana dan mood anda dengan memainkan lagu-lagu yang anda minati. Pastikan bekalan minuman dan makanan anda juga mencukupi terutama minuman berkafein seperti  kopi untuk pemandu.

 

4. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan telah diservis. Jangan lupa memeriksa bunga tayar kenderaan anda dan pastikan tekanan angin tayar anda juga tepat.

 


Semua tips di atas diharap dapat membantu anda mengalami perjalanan yang lancar dan selamat tiba ke destinasi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.waze.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain berfungsi sebagai navigasi, ia turut menunjukkan informasi semasa tentang keadaan trafik…
Berita Domestik
ia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan…
Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…