Ramalan hujan lebat di seluruh Malaysia, apa yang anda perlu sediakan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan bahawa seluruh Malaysia akan mengalami musim hujan yang lebat sehingga 11 November 2022.


Walaupun ia hanya sekadar ramalan tetapi adalah lebih bijak untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutama bagi mereka yang selalu berada di jalan raya.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Untuk kawasan pantai timur semenanjung, hujan lebat serta angin kencang telah diramalkan akan bermula dari 8 hingga 11 November, manakala negeri-negeri di pantai barat semenanjung (Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) serta Sarawak adalah dijangka akan mengalami lebih kerap taburan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang hingga malam pada tarikh yang sama.


Sementara itu, amaran hujan berterusan juga telah dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang berkuat kuasa 8 hingga 11 November 2022.

 

Kurang dari sebulan yang lalu sehingga Selasa, beberapa kawasan di Lembah Klang ditenggelami banjir kilat  setelah hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

 

Laporan daripada media sosial seperti Twitter mendedahkan bahawa beberapa laluan utama mengalami paras air yang tinggi, dan jika hujan berterusan, pasti banjir kilat akan berlaku lagi.

 


Pada September lalu, MetMalaysia telah pun meramalkan bahawa hujan lebat akan berlaku pada pertengahan bulan ini, yang berpotensi menyebabkan banjir pada penghujung November nanti.

 

Merujuk kepada ramalan-ramalan ini, perlu diingatkan bahawa jika anda bercadang untuk memandu pulang ke rumah atau ke lokasi lain, anda perlu semak terlebih dahulu jika terdapat laporan banjir kilat yang menjejaskan perjalanan anda ke destinasi tersebut.

 

Keputusan terbaik adalah tangguhkan dahulu perjalanan anda. Sekiranya terpaksa meneruskan perjalanan, cuba elakkan kawasan yang mudah banjir dan kawasan rendah kerana meredah banjir boleh menyebabkan kerosakan yang besar pada kenderaan anda.

 

 

Sekiranya kenderaan anda masih belum mempunyai perlindungan insurans bahaya khas pada polisi insurans kenderaan anda, ini lah masa yang paling tepat untuk melanggannya. 

 


Menurut Zurich Malaysia, 59 peratus pemandu Malaysia tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap kerosakan banjir, berdasarkan tinjauan Impak Pandemik terhadap Perlindungan yang dijalankan di kalangan 990 pemilik kenderaan pada September 2021.

 


Selain banjir, liputan peril khas juga adalah termasuk tanah runtuh dan pokok tumbang, kedua-duanya mempunyai potensi bahaya yang menurut syarikat itu, ramai pemandu Malaysia tidak memiliki polisi insurans tambahan ini.

 


Statistik yang diberikan menunjukkan hanya satu daripada tiga pemandu (34 peratus) dilaporkan mempunyai perlindungan untuk ribut, termasuk pokok tumbang, dan hanya 29 peratus dilindungi dengan insurans dalam kejadian tanah runtuh.

 

hempap
gambar hiasan

 


Selain dari insurans, and perlu pastikan bahawa kenderaan anda berada dalam keadaan optimum, khususnya pada bahagian tayar , pastikan kenderaan dipasang tayar yang sesuai; pastikan ia mempunyai kedalaman bunga yang mencukupi dan tidak haus atau botak dan tekanan angin yang betul untuk memberi cengkaman yang baik. Ini penting, kerana permukaan jalan raya akan sentiasa basah pada masa musim tengkujuh ini.

 


Untuk mendapatkan infomasi tentang ramalan cuaca dan amaran, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyediakan saluran berikut: laman web rasmi, halaman media sosial (Facebook, Twitter), aplikasi mudah alih myCuaca (iOS, Android) atau dengan menghubungi talian hotline di 1- 300-22-1638.

 

Dengan sedikit 'pelaburan' di  bawah pelindungan insurans tambahan, harta anda 'terpelihara' walaupun dilanda musibah, Insya Allah.

 

 

Paultan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi pembenihan awan (cloud seeding) itu bertujuan untuk meningkatkan kuantiti hujan di kawasan…