Ram perkenal Multifunction Tailgate - pintu belakang dengan nisbah bukaan 60/40!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini GMC pernah mengejutkan dunia dengan fungsi MultiPro Tailgate, antara ciri yang paling inovatif di dalam dunia kerana menawarkan enam fungsi di dalam satu struktur pintu belakang ruang kargo. 

Ia merupakan ciri yang sangat bijak untuk sebuah trak pikap yang rata-ratanya memiliki ketinggian yang menyukarkan untuk pengguna mengambil dan meletakkan barang di bahagian belakang. 
 


Bagi menyaingi keupayaan yang ditunjukkan oleh GMC, RAM juga turut hadir dengan inovasi tersendiri, digelar sebagai Ram Multifunction Tailgate, menawarkan sehingga empat cara untuk membuka pintu belakang tersebut. 

Jika sebelum ini kita mendengar fungsi 60/40 yang hanya dikhususkan kepada tempat duduk belakang, namun kali ini anda boleh mendapatkan fungsi yang serupa pada tailgate Ram!


Dengan fungsi bukaan nisbah 60/40 ini, anda boleh mengakses kepada ruang kargo dengan lebih mudah, bergantung kepada keadaan dan barangan yang anda bawa. 

Ciri ini amatlah perlu sekiranya anda berada di tempat yang sempit, ataupun ketika trak pikap anda sedang menunda trailer di bahagian belakang. 

Rambox cargo management system. 


Tailgate ini masih boleh berfungsi seperti tipikal tailgate yang kita kenali dengan had beban sekitar 900 kg. 

Dengan tambahan aksesori yang lain seperti RamBox cargo management system dan tangga kecil, ia menjadikan trak pikap Ram lebih versatil dan berguna untuk kegunaan seharian. 
 


Ciri Multifunction Tailgate ini ditawarkan sebagai pilihan kepada para pembeli model trak pikap Ram 1500 pada harga bermula dari $995 (RM4,068) manakala ciri tangga tengah boleh lipat pula memerlukan tambahan wang sebanyak $295 (RM1,206).

Alangkah baiknya kalau ciri ini ditawarkan untuk trak pikap pasaran tempatan, sesuai untuk penulis yang berbadan kecil ini untuk mengakses bahagian kargo dengan mudah. 
 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berdasarkan data kajian dari syarikat penyedia insurans itu, jenama Tesla terlibat dalam kemalangan…
Berita Global
Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh 142,150 trak pikap jenama Ram di Amerika Syarikat,…
Berita Global
Tidak banyak informasi didedahkan oleh Ram buat masa ini. Namun, pengeluar itu mengesahkan trak…