Rally Antarabangsa Johor saksi kekuatan pemandu Jepun dan Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Rally Antarabangsa Johor yang berlangsung di Johor Bahru hujung minggu semalam memnyaksikan pemandu Cusco Racing, Yuya Sumiyama dan jurupandu beliau, Takahiro Yasui muncul sebagai juara Asia Pacific Rally Championship edisi Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Yuya memandu jentera Skoda Fabia R5 milik pasukan Cusco Racing terus memecut untuk memenangi kejuaraan kali ini. Keadaan cuaca yang sempurna (mendung dengan permukaan tanah yang sedikit lembab) memberikan cengkaman terbaik dan tiada debu untuk menutupi pemandangan.

Tempat kedua pula diungguli oleh rakan sepasukan Yuya, Mike Young dan Malcolm Read. Pasukan kedua Cusco itu menamatkan perlumbaan keseluruhan sebanyak lebih dari seminit selepas Yuya.

Mike memandu Toyota Vitz AP4 yang membuat kemunculan pertama di Malaysia.

 

 

Cusco dikatakan akan menjual kit AP4 untuk model Vitz bagi mana-mana pasukan rally yang lain dan data-data yang didapati dari perlumbaan APRC ini sangat berguna.

Untuk Kejuaraan Rally Malaysia (MRC) pusingan Johor pula, juara ialah pemandu Indonesia, Rachmat yang memandu Mitsubishi Lancer Evo 9 yang disediakan oleh pasukan MRU Motorsport.

Rachmat dan jurupandunya, Donny Wardono memang membuktikan kepakaran beliau dan jenteranya kerana berada empat minit di hadapan pemenang tempat kedua, Satoru Ito dengan Mitsubishi Lancer Evo X.

 

 

Tempat ketiga jatuh ke tangan Suhaimi Nasro Ali dan rakan sepasukan Aswad Kamil Abdil Mulop sementara tempat keempat dikuasai oleh Roduwan Rashid dan Mohd Faizal Tuah.

Kedua-dua Suhaimi dan Roduwan berlumba di bawah benderaan One Motorsport BDRT.

Nampaknya pemandu luar semakin menguasai kejuaraan rally tempatan. Kesukaran mendapat penaja dan jentera rally yang sesuai dipercayai menjadi punca utama kenapa pelumba-pelumba tempatan tidak dapat bertanding dengan cemerlang di dalam sukan rally.

Diharapkan Menteri Kementerian Beliau dan Sukan memberikan fokus kepada motorsports juga agar nama Malaysia kembali gemilang di persana rally dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Hyundai i20 N Rally1 2022 ini menampilkan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.6 liter…
Sukan Bermotor
Kini, jentera yang sama bakal menonjolkan diri semula di dalam World Rallycross Championship 2022…