Rakyat Vietnam boikot guna MRT kerana dibina oleh China!

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan transit aliran massa (MRT) pertama Vietnam, Hanoi Metro yang dilancarkan pada 6 November lalu dilaporkan tidak mendapat sambutan, malah diboikot rakyat kerana pembinaannya dilaksanakan dengan kerjasama China.


Media tempatan melaporkan, sejak bulan lalu, perkhidmatan tersebut merekodkan kadar penumpang yang sedikit iaitu kira-kira 12,000 sehari atau bersamaan 60 penumpang bagi setiap satu perjalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hanya lapan peratus penduduk di Hanoi menggunakan perkhidmatan tersebut sejak ia mula dilancarkan.

 

Laluan sepanjang 13 kilometer dengan 12 stesen dari utara Hanoi ke selatan Ha Dong mengambil masa perjalanan selama 24 minit dan mampu membawa satu juta penumpang setiap hari bagi mengurangkan kesesakan trafik.

 

Keadaan itu mencetuskan kegusaran kepada pihak berkuasa Hanoi yang melihat projek itu sudah menelan belanja yang  banyak, selain projek pembinaannya banyak kali tertangguh sebelum ini.

 

Projek pembinaan MRT itu menelan belanja sebanyak AS$552.8 juta (RM2.3 bilion) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan.

 

Dalam pada itu, perkhidmatan tersebut diboikot oleh rakyat negara ini kerana China menjadi penyumbang utama kepada pembinaannya.

 

Kebanyakan masyarakat berharap projek mega akan datang di negara ini tidak dilaksanakan dengan kerjasama China, sebaliknya memilih Jepun berdasarkan keupayaan tekonologinya.

 

 

 

Utusan Online