Rakyat Malaysia dipenjara, larikan 55 kereta curi ke Singapura

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar hiasan

Seorang rakyat Malaysia, Freddy Augustus Juary, 37 tahun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dihadapkan.

Jumlah kerugian tidak didedahkan, namun hanya tiga buah kenderaan yang sudah ditemui setakat ini - sebuah SUV dan dua trak pikap.

Menurut dokumen mahkamah, Freddy melakukan kesalahan tersebut antara Disember 2015 dan Oktober tahun lalu selepas menerima arahan daripada rakan Goh Chon Kong, juga rakyat Malaysia yang sehingga kini masih belum dikesan.

Freddy menerima arahan untuk membawa kenderaan yang dicuri ke Woodlands Checkpoint sebelum menghala ke Fan Yoong Road dan meninggalkannya di Sungei Kadut dengan nombor pendaftaran dicabut daripada kereta tersebut. 

Kesemua kenderaan curi itu akan dieskport ke negara lain, dan Freddy akan dibayar sehingga RM250 untuk setiap perjalanan yang dilakukannya, dan pulang ke Johor kembali dengan menaiki bas. 

Hanya selepas tiga tahun, Pihak Polis Singapura Bahagian Ang Mo Kio menahan Freddy di Woodlands Checkpoint pada 27 Oktober tahun lalu. - The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…