Rakyat keliru dengan penggunaan kod QR aplikasi Gerak Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Masih ramai rakyat Malaysia yang keliru dengan penggunaan aplikasi Gerak Malaysia serta keperluan menjana kod QR sebagai permit perjalanan merentas negeri yang dibenarkan bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Berita Harian menyebut, ada yang menyangka tidak perlu membuat permohonan jika mahu bergerak dari ibu negara ke Nilai, atau Seremban, Negeri Sembilan.

Malah, ada juga pengguna yang menjana kod QR terlalu awal sebelum tarikh dibenarkan membuat perjalanan, dengan tempoh kebenaran dihadkan kepada satu hari sahaja.

Seorang pemandu rentas negeri yang ditemui, Shahrizal Muslan, 35, tidak membuat permohonan untuk pergerakan dari Bandar Tun Razak, Cheras untuk menghantar keluarganya ke Nilai, hari ini.

"Saya tahu mengenai aplikasi Gerak Malaysia tetapi selepas bertanya kepada beberapa rakan termasuk yang bertugas sebagai anggota polis, mereka berpendapat tidak perlu membuat permohonan kerana destinasi perjalanan terlalu hampir.

"Bagaimanapun saya mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa termasuk hari yang dibenarkan membuat perjalanan keluar dari ibu negara iaitu hari ini," katanya.

 

contoh perjalanan yang telah diluluskan terlalu awal

Haizi Ibrahim, 30, nekad memulakan perjalanan dari kediamannya di Setiawangsa ke Batu Pahat, Johor untuk mengambil keluarganya kerana kod QR yang dijana sudah tamat tempoh.

"Saya tidak tahu kod perlu dijana pada hari kita melakukan perjalanan (hari ini).

"Selepas saya kemas kini aplikasi Gerak Malaysia semalam, saya jana terus kod QR berkenaan dan ia hanya sah untuk empat jam.

"Perkara ini tidak pernah kita buat sebelum ini, maka ada kekeliruan sedikit. Saya harap tidak timbul kesulitan untuk tiba ke Batu Pahat, Johor nanti," katanya.

Beliau mahu mengambil isteri dan dua anak berusia dua dan lima tahun yang terkandas selepas pulang ke Kampung Parit Raja, Batu Pahat sempena cuti sekolah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 


Masalah sama turut berlaku kepada Adreen Mohammad, 42, yang mahu ke Johor Bahru dari Taman Ehsan, Kepong untuk mengambil abangnya yang terkandas dan terpaksa menginap di sebuah hotel di negeri sejak PKP dilaksanakan.

"Saya tersilap menjana kod QR terlalu awal dari tarikh perjalanan hari ini.

"Oleh itu, saya cuba buat permohonan semula kerana caranya agak mudah iaitu hanya memasukkan alamat asal dan kemudian alamat destinasi. Alhamdulillah berjaya dan saya berjaya menjana Kod QR baharu," katanya.

Semalam, pihak polis meminta Pengguna aplikasi Gerak Malaysia mengemas kini aplikasi itu ke versi 2.5 bagi membolehkan pengguna memperoleh kelulusan perjalanan rentas negeri menerusi Kod QR.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…
Informasi
Ia berkata untuk menggunakan Kod QR untuk pelepasan imigresen, pengembara perlu memuat turun…
Berita Domestik
  “Antara inisiatif untuk kurangkan kesesakan di terminal adalah konsep tanpa kertas guna kod QR…