Rakyat habiskan masa 44 jam sebulan dalam kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
Dianggarkan dalam masa sebulan, kebanyakan pekerja di Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 44 jam semata-mata untuk meredah kesesakan trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini dikongsikan oleh pensyarah kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ts Dr Ismaniza Ismail.

Katanya, setiap hari pekerja yang berulang alik ke tempat kerja akan meluangkan masa kira-kira satu atau dua jam di dalam kenderaan.

Masalah kesesakan jalan raya itu dilihat mampu memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal, emosi dan mental pekerja itu sendiri.

Ts Dr Ismaniza menyarankan inisiatif seperti waktu kerja fleksibel boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan produktiviti kerja.

Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam juga perlu dinaiktaraf kualitinya supaya menjadi lebih cekap, supaya tidak menjadi situasi seperti "lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya," jelasnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, proses pembinaan sedang giat dijalankan termasuk kerja elektrikal dan turapan serta…
Berita Domestik
Kesesakan jalan raya pasti merugikan dari segi pelancongan kerana mereka yang biasa 'tersangkut'…
Berita Domestik
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, beliau menambah masalah itu dilihat menjejaskan produktiviti…