Rakaman suara CVR pesawat terhempas di Elmina berjaya dimuat turun - Loke

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dilapor telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pasukan siasatan juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.

Dalam satu sidang media hari ini Loke berkata, “Data tersebut telah berjaya dimuat turun dan rakaman tersebut akan dihantar semula kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur.”

“Rakaman kokpit berjaya didapatkan semula jadi semua rakaman suara tersebut pada dua juruterbang itu akan dianalisa sebaik mungkin serta apa yang berlaku di dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk kenal pasti punca nahas.”

“Rakaman tersebut sedang dianalisa dan kita akan keluarkan laporan awal dalam masa dua minggu lagi.”

Bagaimanapun, Loke  memberitahu pasukan siasatan ketika ini yang berada di Florida, Amerika Syarikat mengalami kesukaran untuk pulang ke Malaysia berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

“Pasukan siasatan berdepan kesukaran untuk pulang kerana mereka sedang berdepan dengan cuaca ribut di Florida.”

“Mereka (BSKU) sepatutnya pulang secepat mungkin sebaik sahaja memperoleh data rakaman suara (CVR) namun data itu telah disimpan sebaik mungkin.”

“Walaupun pasukan siasatan masih belum pulang ke Malaysia, rakaman suara itu telah dihantar ke Kuala Lumpur menerusi email,” katanya lagi.

 

Sumber: Astro Awani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sumbangan…
Berita Domestik
Penutupan itu adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.…