Rakaman pemanduan mabuk beri pengajaran kepada pengguna jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ada di antara para pembaca yang sudah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pemandu mabuk memandu dengan bahaya di atas jalan.

Video yang akan dipaparkan di bawah berkemungkinan besar akan menyebabkan anda berfikir semula untuk memandu di bawah pengaruh alkohol.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Pasukan polis cawangan Sussex, Britain telah menerbitkan satu rakaman kamera dashboard yang menunjukkan pemanduan daripada seorang pemandu dibawah pengaruh alkohol.

Rakaman tersebut menunjukkan kekerapan pemanduan yang melebihi had laju yang dibenarkan, selain tersasar daripada laluan sebenar, merempuh semak samun dan hampir melanggar halangan yang terdapat di atas jalan.
 

 

Rakaman tersebut menunjukkan ringkasan kira-kira 20 minit sebelum beliau terbabas melanggar sebuah Audi yang diletakkan di tepi jalan raya. 

Pemandu tersebut, seorang guru wanita didapati berada di bawah pengaruh alkohol tiga kali melebihi had yang dibenarkan di atas jalan raya Britain. 

Pihak polis cawangan Sussex ketika menyiasat tempat kejadian kemudian mendapati terdapat rakaman daripada kamera dashboard yang dipasang pada kereta Vauxhall Corsa wanita tersebut. 

Wanita tersebut disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan atau mencederakan orang lain sepanjang pemanduan kurang siuman itu.

Menurut peraturan di UK, sabit kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol boleh dikenakan denda larangan memandu selama dua tahun di samping melakukan kerja-kerja komuniti tanpa gaji selama 150 jam.

Pihak polis Sussex berharap dengan menerbitkan video rakaman tersebut, umum akan berfikir semula tentang keburukan memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Sumber: Autoblog

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memandu kereta jenis Honda Jazz atas pengaruh minuman…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Kian Wee didakwa memandu kereta dengan kepekatan alkohol 96mg/100ml dalam…