Rakaman dashcam terbukti mampu kurangkan 9,700 hari masa bekerja pihak berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah portal Nextbase, National Dash Cam Safety Portal (NDCSP) yang menjadi platform muat naik rakaman dashcam di UK dikatakan mampu menjimatkan masa kira-kira 9,700 hari masa bekerja oleh pihak berkuasa untuk memproses rakaman bukti yang diperoleh.

Portal yang dilancarkan pada tahun lalu itu digunakan sebagai satu cara bagi pemandu berkongsi rakaman kejadian kemalangan kepada pihak berkuasa. 

Sebelum platform Nextbase itu dilancarkan, pihak berkuasa perlu mengambil masa kira-kira 14 jam secara purata untuk memproses rakaman. 

Namun, dalam masa 12 bulan platform itu beroperasi, sudah terdapat 4,891 rakaman yang dimuat naik oleh pengguna di seluruh UK, dan sekaligus menjimatkan masa selama 68,474 jam yang diperlukan oleh pihak berkuasa. 

Menurut pasukan polis West Mercia yang menjadi pasukan pertama menggunapakai platform NDSCP itu menyebut, "portal (NDSCP) ini adalah contoh terbaik yang menunjukkan manfaat teknologi masa kini kepada pasukan polis.

"Kami yakin, dengan bantuan daripada para pengguna jalan raya, teknologi ini mampu menjadikan jalan raya tempat yang lebih selamat kepada semua," ujar jurucakap itu.

Sumber: AutoExpress
Sumber Gambar: Wirecutter
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Kejadian berlaku dengan pantas, sebatang besi terjatuh dari sebuah lori kemudiannya hentam enjin…
Berita Domestik
Rakaman yang diperoleh sewaktu memandu sebenarnya boleh dijadikan bahan bukti penting terutama…
Berita Domestik
Usah risau, kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama…