Raja Swaziland borong 120 BMW, 19 unit Rolls-Royce termasuk sebuah Cullinan!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun negara Swaziland (kini lebih dikenali dengan nama Eswatini) merupakan sebuah negara yang sangat miskin, namun King Mswati III masih tidak merasa cukup dengan koleksi kereta sedia ada.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan daripada TimesLive, keluarga diraja yang terdiri daripada 15 orang isteri dan 23 orang anak itu kini 'dikurniakan' dengan barisan kenderaan Rolls-Royce sebanyak 19 unit termasuk sebuah Cullinan kustom yang akan digunakan oleh King Mswati III itu sendiri. 

Selain daripada Rolls-Royce, pemerintah Swaziland itu juga turut membeli kira-kira 120 unit BMW, manakala sumber berasingan turut menyebut raja itu telah menerima kira-kira 540 unit sedan dan SUV X3!
 


Jika anda merasakan itu terlalu banyak, anda salah kerana ketika ini pemerintah tersebut memiliki 20 unit Mercedes-Maybach S600 Pullman, Maybach 62 (bernilai RM2 juta) dan sebuah BMW X6, selain sebuah pesawat peribadi yang bernilai $13.2 juta (RM54.81 juta) ke dalam koleksinya. 

Pesawat peribadinya itu merupakan unit kedua yang dibeli bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 pada tahun lalu.