Raja segala RV - Unicat bangunkan RV untuk kegunaan pasukan ralli

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda sudah pun melihat beberapa jenis recreational vehicle (RV) yang terdapat di pasaran, dan masih tidak berpuas hati dengan apa yang ditawarkan, anda mungkin perlu melihat RV yang dibangunkan oleh Unicat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Unicat MD75HMB+WT69 - MAN TGS 26.540 6x6 (Ya tuhan, nak menyebutnyaaaa..)

Baiklah, RV Unicat 6x6 ini sebenarnya dibangunkan untuk menjadi sebuah trak serba lengkap untuk ekspedisi pasukan perlumbaan ralli, dan untuk itu, pada bahagian trailer belakang RV ini terbina sebuah bengkel mini dan ruang storan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan perlumbaan.

Trailer belakang ini disambungkan menerusi sambungan Nato Coupling bagi memudahkan pengendalian ketika off-road. 
 


Ia juga mempunyai dua buah tangki bahan api sebesar 400 liter untuk petrol dan 500 liter untuk diesel, untuk kegunaan pengangkutan dan juga peralatan seperti generator dan lain-lain. 

Trailer belakang juga turut dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur dan bilik air, serta ruang tidur yang mampu memuatkan empat orang dengan selesa. 
 


Beralih kepada ruang trailer pertama, ia menempatkan ruang makan utama yang mampu menempatkan enam orang dan pada bahagian belakang pula terdapat bilik tidur utama yang dikhaskan untuk bos pasukan. 

Untuk menggerakkan dua buah RV gergasi ini dengan mudah, MAN TGS 6X6 ini menggunakan enjin diesel D26 (bukan sejenis durian) yang berkuasa 540 kuasa kuda. 
 


Menariknya, memandangkan trak ini hadir dengan konfigurasi dua buah treler yang berasingan, anda boleh menetapkan kedudukan yang selesa dan sesuai dengan keadaan semasa ketika berhenti di sesuatu tempat. 


Untuk keselamatan ketika sedang bermalam di sesuatu tempat yang asing, pihak Unicat memasang sistem kamera yang dilengkapi dengan lampu limpah jenis LED yang boleh ditinggikan bagi menerangi kawasan tersebut. 

Saksikan video penjelasan berkenaan RV Unicat ini. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
RV yang unik ini dihasilkan oleh Marchi Mobile dan ia menggandingkan penggunaan bahan-bahan yang…
Gaya Hidup
Ia sebenarnya merupakan akronim kepada All-Season, Electric, Off-road, New and modern RV - syarikat…
Berita Global
Kali ini, kami membawakan contoh sebuah RV moden yang boleh anda dapatkan (sekiranya tahu lubang…