Rainforest Challenge 2022 Grand Finale bakal gegarkan Bera, Pahang 26 November-8 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Rainforest Challenge bakal menggegarkan bumi Bera, Pahang pada tahun ini setelah dua tahun menyepi akibat wabak pandemik COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai makluman, RFC Challenge telah diiktiraf sebagai salah satu acara perlumbaan off-road yang paling mencabar di dunia dengan kedudukan ketiga di belakang Baja 1000 (nombor satu) dan Dakar Rally (nombor dua).
 

RFC


Pusingan akhir (Grand Finale) RFC akan mengambil tempat bermula 26 November hingga 8 Disember 2022, di mana dalam masa yang sama ia meraikan sambutan Jubli Perak RFC dan Jubli Emas Tourism Malaysia.

RFC 2022 bakal menyaksikan penyertaan peserta dan pengamal media daripada 60 buah negara di seluruh dunia, termasuk Itali, UK, Perancis, Republik Czech, Amerika Syarikat, Ecuador, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Indonesia dan juga Korea.
 

RFC


Berikut merupakan jadual acara RFC Grand Finale 2022:

  • 25 November: ketibaan peserta dan media asing di Kuala Lumpur
  • 26-27 November: Acara pendaftaran dan pameran RFC di MsExpo, Petaling Jaya
  • 28-29 November: Sesi pemeriksaan kenderaan peserta di Bera, Pahang
  • 30 November: Upacara pembukaan rasmi
  • 30 Nov-1 Disember: Prologue SS
  • 2-4 Disember: Predator SS, Ulu Bera
  • 5 Disember: Twilight Zone SS, Ulu Bera
  • 6-7 Disember: Terminator SS, Ulu Bera
  • 8 Disember: Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ini merupakan peluang yang terbaik untuk pemilik dan peminat sukan kereta lasak di luar sana…
Berita Domestik
Sebagai salah satu daripada Sukan Kenderaan Terlasak Sepuluh Teratas di Dunia, dikuasakan oleh…