Rahsia pasukan Toyota mampu buatkan Avalon TRD drift

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dengan teknik yang betul, anda boleh membuatkan pemanduan sebuah kereta pacuan roda hadapan dengan sudut yang membuatkan ia seakan sedang drift di selekoh. 

Namun, untuk kereta-kereta yang moden, komponen brek tangan itu nampaknya semakin pupus dan digantikan dengan punat elektronik yang kecil molek itu. 

Jadi, bagaimana sebuah Avalon TRD dengan pacuan roda hadapan itu mampu melakukan aksi drift? 

Jawapannya: pemasangan brek tangan kustom pada ruang pemegang cawan!
 


Pasukan Toyota bekerjasama dengan atlit Jarryd Wallace bagi memberikan kejutan kepada bapanya, Jeff Wallace bersempena Hari Bapa. 

Menariknya, jentera yang digunakan bukanlah sebuah kereta FR, sebaliknya sebuah Toyota Avalon TRD. 

Dan apabila Toyota Avalon TRD dikendalikan oleh Ken Gushi, pakar drift terkenal, jentera tersebut dilihat menggelongsor dengan bantuan daripada pemasangan brek tangan kustom itu tadi. 

Toyota Avalon TRD (bersama Toyota Camry TRD) dibangunkan oleh Toyota Racing Development bagi menawarkan pemanduan yang lebih dinamik dan pengendalian yang lebih jitu berbanding versi normal. 
 


Ini termasuklah menala kembali asas kereta tersebut dan memasang penyerap hentak baharu yang direndahkan, rim bersaiz 19 inci, dan sistem ekzos cat-back. 

Nadi 3.5 liter V6 (301 kuasa kuda) masih lagi kekal menduduki ruang enjin dan digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan tanpa sebarang penalaan. 

Toyota Avalon TRD 2020 akan mula dijual di pasaran Amerika pada Ogos 2019 manakala Camry TRD pula akan dijual sebulan selepas itu. 

Malangnya, pemasangan brek tangan kustom tadi tidak termasuk di dalam pakej yang ditawarkan oleh TRD. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di Amerika Syarikat, sedan ini memang popular dan Toyota turut memposisikannya sebagai model …