Kini pihak pengurusan Rahman Brothers telah menambah baik dan mengubahsuai pusat pameran sedia ada bagi memenuhi keperluan baharu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi Proton bagi meningkatkan pengalaman pelanggan serta mutu khidmat selepas jualan yang lebih baik.
Majlis pembukaan pusat pameran bertaraf 3S tersebut disempurnakan oleh Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
Antara kemudahan yang disediakan adalah 12 ruang petak penyelenggaraan termasuklah 9 mesin servis pengangkat, ruangan tempat letak kereta pelanggan, ruang parkir OKU, ruangan minuman serta khidmat WiFi yang diberikan secara percuma.
Pusat pameran bertaraf 3S itu kini dibuka setiap hati bermula dari 9.00 pagi sehingga 7.00 petang termasuk hari ahad dan cuti umum.